Wednesday, July 29, 2009

Apa yang disediakan di PSS Wawasan

Waktu perkhidmatan untuk pinjaman buku adalah pada waktu rehat dan balik. PSS Wawasan juga dibuka pada hari Sabtu hingga pukul 12.00 tengah hari. Bilik Akses turut disediakan untuk murid-murid dan guru melayari internet dan menonton serta melakukan latihan interaktif menggunakan cakera padat.

Perkhidmatan yang disediakan di PSS Wawasan

  • Pinjaman dan Pemulangan Buku
  • Rujukan Maklumat
  • Khidmat Nasihat Penggunaan PSS
  • Penghasilan Kad Automasi Pelajar
  • Akses Internet
  • Perkhidmatan Perkomputeran
  • Perkhidmatan Audio Visual
  • Pinjaman BBM
  • Pinjaman CDRI/VCD Guru
  • Pinjaman Berkelompok
  • Laminating
  • Binding
  • Jualan / Langganan Majalah
  • Kemahiran Maklumat / PSS
  • Pembelajaran Akses Kendiri

Tuesday, July 28, 2009

Mengenali Pss Sk Kg. Jambu Taiping

Pusat Sumber Sk Kg. Jambu mula beroperasi pada bulan Jun tahun 2000, enam bulan selepas sekolah ini dibuka. Pusat sumber ini kini mempunyai lebih kurang 11,500 buah buku yang dikelaskan mengikut Sistem Perpuluhan Dewey. Nama pusat sumber ini ditukar kepada Pusat Sumber Wawasan pada tahun 2004 selaras dengan pelbagai perancangan strategik menaik taraf PSS yang berwawasan tinggi. Pusat Sumber ini mula memasukkan sistem pengautomasian 'The Library Management' pada 2 Mei 2005 dan berjaya beroperasi sepenuhnya mulai Februari 2007.


VISI

Menjadi sebuah khazanah intelektual
dan teknologi yang canggih,
kondusit dan lengkap berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MISI

Membangun dan meningkatkan akses segala
khazanah intelektual, bahan pengajaran-pembelajaran
dan kemudahan teknologi yang dapat menyumbang
kepada kecemerlangan guru dan pelajar ke arah
pembelajaran sepanjang hayat.



Sudut-sudut dan taman-taman Informasi
dalam dan luar PSS

  1. Sudut Profesional
  2. Sudul PAK / SAL
  3. Papan maklumat pinjaman buku murid
  4. Papan Pengetahuan Am/ Isu Semasa
  5. Sudut Diorama
  6. Sudut / Papan Maklmat NILAM
  7. Papan Maklumat PSS
  8. Laluan Ilmu
  9. Sudut Majalah
  10. Sudut Bacaan Surat Khabar
  11. Sudut Pameran Kraf Tradisional
  12. Sudut Pameran Bertopik
  13. Sudut Sejarah PSS
  14. Sudut Sejarah Sekolah
  15. Sudut Sejarah Taiping
  16. Sudut Santai
  17. Sudut Nadir
  18. Sudut Bacaan NILAM
  19. Taman Therapeutic
  20. Galeri Kajian Tempatan
  21. Galeri Sains

Program / Aktiviti Pusat Sumber

  1. Program Bacathon
  2. Bulan Orientasi PSS
  3. Majlis Pelancaran Program NILAM
  4. Program Bacaan Pagi
  5. Minggu Pusat Sumber
  6. Minggu Akademik dan Pusat Sumber
  7. Projek Penulisan Berintensif Tajaan PIBG
  8. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
  9. Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
  10. Pertandingan Berpantun
  11. Pertandingan Menulis Cerita / Sajak
  12. Pertandingan Menulis Sinopsis Cerita
  13. Pertandingan Mengarang Cerpen Kanak-kanak
  14. Pertandingan Melukis Kulit Buku
  15. Pertandingan Mereka Cipta Penanda Buku
  16. Pertandingan Kad Peribahasa / Kata Mutiara
  17. Pertandingan Kuiz Bertulis
  18. Pertandingan Kuiz Berpasukan
  19. Pertandingan Fail Tegak Murid
  20. Pertandingan Fail Tegak Guru
  21. Bank Soalan
  22. Pembelajaran Melalui Komputer


KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG DICAPAI

PUSAT SUMBER CEMERLANG
(KATEGORI BANDAR)
TEMPAT KETIGA
PERINGKAT KEBANGSAAN
(2008)

JOHAN
PERINGKAT NEGERI
(2007)

JOHAN
PERTANDINGAN AGA
PERINGKAT NEGERI
(2006)

Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu, Taiping

Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu merupakan sekolah yang baru dibuka untuk sesi persekolahan pertamanya pada bulan Januari 2000. Sekolah ini terletak dalam kawasan perumahan Kampung Jambu iaitu di tengah bandar Taiping.

Pengenalan

Selamat datang ke blog Pusat Sumber Wawasan Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu, Taiping dan terima kasih atas kunjungan anda ke Blog ini.

Blog ini akan menjadi satu blog atau ruang mempromosikan Pusat Sumber Wawasan SK Kg. Jambu di samping perkongsian pintar pelbagai bidang terutamanya pengurusan pusat sumber. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada pelayar-pelayar blog ini.